Kelas Advokasi – Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian. Objektif adalah memantapkan pemahaman peserta tentang Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini, peserta dipertontonkan denagan Video SKMM tentang Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut dengan kelas divariasikan seperti permainan. Antara yang dikongsikan adalah berkenaan dengan Sexting. Pada kelas ini, diterangkan apa itu Sexting, kesan Sexting kepada kanak-kanak dan Tip Pencegahan bagi memantau ia terus berleluasa. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian dengan lebih dalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: